Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Nigeria isytihar di tiga negeri darurat



15 Mei 2013
ABUJA - Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan secara rasminya mengisytiharkan darurat di tiga buah negeri selepas berlaku beberapa siri serangan maut oleh kumpulan militan Islam.

Menurutnya, tentera kerajaan akan melakukan tindakan yang ‘sepatutnya’ dan mahu serangan itu berakhir dengan segera melibatkan wilayah di Borno, Adamawa dan Yobe.

Jonathan turut mengarahkan lebih ramai anggota tentera dihantar ke negeri-negeri utama-timur negara itu.

Konflik yang bermula minggu lalu disebabkan oleh pertikaian mengenai pemilikan tanah.

“Pemberontakan ini merupakan ancaman serius terhadap negara dan memberi kesan kepada perpaduan negara dan integriti wilayah.

“Kami bertekad akan memburu pengganas negara ini dan membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Jonathan, semalam.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan walaupun negara berada dalam keadaan darurat, ahli politik di tiga negeri terbabit akan kekal dalam jawatan mereka.
Mengikut perundangan negara itu, presiden mempunyai kuasa untuk memecat ahli politik tempatan dan menubuhkan kerajaan sementara jika negara berada dalam keadaan darurat.

Nigeria merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai etnik dan berkapasiti 160 juta penduduk sering  dipengaruhi oleh konflik melibatkan tanah, agama dan minyak.

Dalam keganasan terbaru, 53 maut dan 13 kampung dibakar semalam.

No comments:

Post a Comment