Petaling Jaya: Seorang pelanggan kedai dobi di PJS 5 kecut perut selepas tengkuknya diletak parang oleh seorang lelaki dalam kejadian samun di premis berkenaan, kelmarin, menyebabkan mangsa ker
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang juga seorang pelayan restoran menghantar pakaian untuk dicuci di kedai dobi 24 jam itu apabila tiba-tiba seorang lelaki menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan.
Menurut sumber, lelaki terbabit mengeluarkan parang panjang dan terus menghunus ke leher mangsa yang juga satu-satunya pelanggan yang berada di premis itu.
“Lelaki terbabit meminta mangsa menyerahkan beg sandang yang dibawa.
“Mangsa yang ketakutan dan bimbang dicederakan menurut arahan lelaki terbabit,” katanya.
No comments:
Post a Comment