Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Lelaki Myanmar maut van langgar lori



Subang Jaya: Seorang pekerja kontraktor pendawaian maut manakala rakannya parah selepas van yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar belakang lori yang baru saja berhenti untuk meletakkan kon keselamatan di Kilometer (km) 38, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah Shah Alam menghala ke Subang Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Chan Ceu, 23, seorang warga Myanmar yang duduk di bahagian penumpang depan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, mangsa yang cedera adalah warga tempatan yang dikenali sebagai Hew Wang Chan, 36, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kami percaya van dipandu dengan laju hingga pemandunya gagal mengelak lori yang sedang menurunkan kon keselamatan untuk tujuan pembahagian jalan.


“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Menurut Yahaya, mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment