Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

Lapan jam dalam sungai

Foto
ANGGOTA polis mengangkat motosikal mangsa.
Jempol: Seorang warga emas, Ismail Sharif, 71, ditemui mati di dalam sungai di jalan besar Bahau-Kemayan, di FELDA Lui Barat, dekat sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa ditemui bersama motosikal Modenas Kriss oleh orang awam jam 5.15 petang sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal pihaknya mengesyaki mangsa dari FELDA Lui Muda itu dipercayai terbabas dalam sungai berkenaan dan mayatnya berada di situ lapan jam sebelum ditemui.

“Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas namun polis masih menyiasat kes ini jika terdapat perkara yang meragukan,” katanya.


Hamzah berkata orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah di talian 06-4541222.

No comments:

Post a Comment