Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Kilang jubin kena bakar



Segamat: Premis perniagaan jubin di Jalan Buloh Kasap di sini, terbakar dan kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000 awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba Jalan Abdullah, Md Sailan Serin berkata, siasatan awal mendapati tiga fius utama penyaluran elektrik di luar premis perniagaan itu ditanggalkan.
Katanya, tindakan memutuskan bekalan elektrik dipercayai bagi mengelak perbuatan membakar premis berkenaan tidak dikesan.

“Kita menemui kesan pagar dan pintu besi premis berkenaan dipotong, selain surat khabar digunakan bagi memulakan kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sin Hock Lin Tiling & Contruction, Tee Chai Huat, 56, berkata pihaknya hanya menyedari kebakaran itu kira-kira jam lapan pagi ketika mahu memulakan perniagaan.

“Kebakaran itu menyebabkan sebahagian ruang lantai pejabat, siling, dinding, dua set komputer, alat pendingin hawa, fail dokumen dan kipas musnah terbakar.

Chai Huat berkata, cermin lori tiga tan milik syarikat turut dipecahkan dan kita menganggarkan kerugian keseluruhan kira-kira RM100,000.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan daripada pemilik premis terbabit.

No comments:

Post a Comment