Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

Kenderaan penyokong JDT dirosakkan


Johor Bahru: Bukan saja penonton menjadi sasaran balingan pelbagai objek seperti batu-bata, malah bas serta kenderaan persendirian penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut dirosakkan individu tidak bertanggungjawab dalam kejadian di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang, kelmarin.

Seorang penyokong JDT, Izal Jumat, 31, tidak menyangka cermin van majikannya sekali lagi dipecahkan individu tidak bertanggungjawab ketika hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara JDT bertemu Pahang.


Menurutnya, dalam kejadian jam 9.45 malam, dia bersama isteri dan anak mereka berusia sembilan bulan berjalan ke tempat letak kenderaan untuk berehat sejurus dimaklumkan anggota keselamatan bahawa stadium sudah penuh.

“Kami berjalan ke van namun terkejut apabila mendapati sekumpulan lelaki memecahkan cermin serta cuba menterbalikkan van berkenaan.


“Saya cuba menghalang namun ditendang di perut, isteri saya kemudian mendapatkan bantuan anggota keselamatan,” katanya.


Katanya, kejadian cermin van dipecah adalah kali kedua dialaminya sepanjang mengikuti perlawanan bola sepak membabitkan JDT.

No comments:

Post a Comment