Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

Kenderaan imigresen nyaris rempuh lori balak



Sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka nyaris bertembung dengan lori muatan kayu balak ketika dalam perjalanan mengadakan operasi di Tualang, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah malam itu, kenderaan berkenaan dikatakan cuba memotong lori terbabit sebelum tiba-tiba bahagian tengah lori itu terputus dua.


Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, pemandu kenderaan terbabit sempat mengelak sebelum diikuti dua lagi kenderaan pacuan empat roda yang mengekori dari belakang berjaya memberhentikan kenderaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment