Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Kempunan siput sedut



Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: “Dia (arwah) meminta supaya masak gulai lemak siput sedut, namun saya tidak berbuat demikian kerana ketiadaan bahan, menyebabkan dia sedih lalu beredar pergi,” kata Roszimah Shaharudin, 45, isteri pemandu lori yang maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Krubong-Pantai Belimbing, di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3 pagi, Borhan Adam, 46, menuju ke tempat kerjanya di premis menjual bahan binaan lima kilometer dari rumahnya di Taman Krubong Jaya.
Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal Modenas Kriss ditunggang mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Toyota Corona dipandu lelaki berusia 31 tahun yang terbabas dari laluan bertentangan.

Lelaki itu dikatakan meninggalkan keretanya 98 meter dari lokasi kemalangan sebelum membuat laporan polis.
Foto
KEADAAN kereta selepas merempuh mangsa.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment