Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Kedai arak diserang, 12 maut



15 Mei 2013
BAGHDAD - Deretan kedai menjual arak diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata semalam sehingga mengakibatkan 12 maut.

Penyerang tiba menggunakan empat buah kenderaan di daerah timur Zayouna, dekat sini. Mereka dilaporkan menyerang ketika pemilik kedai sedang sibuk melayan pelanggan.

Sebelum serangan, kumpulan lelaki berkenaan berlakon seperti pelanggan yang berhenti untuk membeli minuman keras.

Setakat ini belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian tersebut.

Memetik kenyataan polis, deretan kedai itu dibina semula selepas ia menjadi sasaran serangan bom pada tahun lepas.

Sejak kejatuhan Saddam Hussein, segala aktiviti yang bertentangan dengan moral Islam selalu berulang dan kedai-kedai arak banyak disasarkan oleh penyerang.

Militan Islam Iraq juga dilihat meningkatkan serangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Bagaimanapun, tahap keganasan kekal tinggi dalam tempoh 2006 hingga 2007.

No comments:

Post a Comment