Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Juruwang diacu gunting



Petaling Jaya: Dua pekerja pasar raya di Seksyen 2, di sini, terkejut apabila diserang tiga lelaki bersenjatakan gunting sebelum melarikan wang tunai RM500 dan 26 kotak rokok, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa mendakwa empat lelaki menaiki motosikal datang ke pasar raya itu sebelum tiga daripadanya turun dan memasuki kedai.


Menurut sumber, tiga lelaki terbabit masing-masing memakai topi keledar namun seorang daripadanya memakai jaket hitam dan memegang gunting. “Lelaki itu mengacu gunting ke arah juruwang dan memaksa menyerahkan wang dalam mesin juruwang,” katanya.

Katanya, mangsa melaporkan kejadian itu kepada penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment