Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

‘Jangan banyak minum arak kalau tak mahu dirogol’



Hong Kong: Menteri Keselamatan Hong Kong semalam dikecam kerana mengatakan kaum wanita tidak patut minum arak terlalu banyak jika mahu mengelak dirogol.

Setiusaha Untuk Keselamatan, Lai Tung-kwok mendedahkan angka jenayah di bandar raya itu untuk suku tahun pertama yang menunjukkan bahawa kes rogol meningkat 60 peratus ketika dia membuat komen itu. “Semua kes rogol ini berlaku di kalangan mereka yang saling mengenali antara satu sama lain. Mereka sama ada kawan atau baru bertemu beberapa jam sebelum itu,” katanya. “Sesetengah kes turut membabitkan mangsa yang diperkosa selepas minum banyak alkohol. Jadi, saya merayu agar wanita muda tidak patut minum arak terlalu banyak,” katanya.


Pengguna Twitter dan Facebook yang berang menyelar komen Lai itu. “Setiausaha untuk Keselamatan Hong Kong menasihatkan “wanita muda agar tidak minum arak terlalu banyak” selepas kes rogol meningkat. Atau, mungkin perlu beritahu lelaki agar tidak merogol?,” kata pengguna Twitter berpangkalan di Hong Kong, Miss O’Kistic. “Tidak kisah jika wanita itu minum arak atau memakai pakaian yang ‘menggoda’, Keganasan Rogol dan Seksual terhadap Wanita tidak pernah OK!!”, pengguna Facebook, Noreen Mir menulis di laman kumpulan bantahan SlutWalk Hong Kong. - AFP

No comments:

Post a Comment