Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

JAIP buru 12 pengikut ajaran 'Tuhan Harun'



KUANTAN 15 Mei - Seramai 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' diburu pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk sebutan kes manakala sebahagiannya gagal hadir untuk siasatan lanjut.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_09/JAIP-buru-12-pengikut-ajaran-Tuhan-Harun#ixzz2TP20WHuU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment