Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Harapan temui mangsa terselamat tipis



TIMIKA, Indonesia - Pasukan penyelamat menyatakan batu-batu yang terus jatuh melambatkan lagi usaha untuk menyelamat 23 orang pekerja lombong emas dan tembaga yang terperangkap.
Ketua pasukan kecemasan di PT Freeport Indonesia, Nurhadi Sabirin semalam memberitahu harapan untuk menemui mangsa yang terselamat juga semakin tipis.
Ini kerana pasukannya tidak mengesan tanda-tanda ada mangsa yang masih hidup sejak beberapa hari lalu. Pada Selasa lepas, sebuah terowong runtuh ketika 38 orang pekerja lombong sedang menjalani latihan di dalam sebuah bilik bawah tanah.
Dianggarkan terdapat 20,000 orang pekerja di lombong yang terletak di wilayah Papua milik syarikat dari Amerika Syarikat, Freeport-McMoRan Copper & Gold Inc. itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TgVH5vYk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment