RAMLI (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan rokok putih dan keretek seludup yang dirampas. |
Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari berkata, dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 48 tahun yang juga pemandu lori berkenaan.
“Sindiket itu menggunakan lori berpenutup penuh bagi mengaburi pihak berkuasa. Bagaimanapun kami dapat menghidu taktik digunakan sebelum mengejar lori terbabit sehingga di hentian rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.
“Pemeriksaan membawa kepada penemuan muatan 5.76 juta rokok putih dan keretek seberat sembilan tan bernilai RM516,680 membabitkan cukai RM2.92 juta,” katanya di Pejabat KDRM Batu Pahat, semalam.
“Pemeriksaan membawa kepada penemuan muatan 5.76 juta rokok putih dan keretek seberat sembilan tan bernilai RM516,680 membabitkan cukai RM2.92 juta,” katanya di Pejabat KDRM Batu Pahat, semalam.
Menurut Ramli, kejayaan itu hasil risikan dilakukan pihaknya selepas memperoleh maklumat awam.
No comments:
Post a Comment