Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Filipina mohon maaf

Filipina mohon maafPengawal pantai tembak kapal nelayan Taiwan sebabkan seorang terbunuh

Taipei: Presiden Filipina semalam, memohon maaf kepada Taiwan ekoran kejadian tembak seorang nelayan kepulauan itu oleh kakitangan pengawal pantai Filipina, selepas Taiwan menolak permohonan terdahulu dan mula membalas dendam secara diplomatik.

Permohonan maaf daripada Presiden Benigno Aquino III itu dibuat tidak sampai sehari selepas Taiwan menolak luahan kekesalan oleh wakil Filipina kepada kepulauan berkenaan.
Taiwan mengumumkan akan memulakan pembekuan pengambilan pekerja Filipina, memanggil balik wakilnya ke Manila dan tidak menggalakkan kunjungan ke negara itu.


Beberapa jam kemudian, jurucakap presiden, Edwin Lacierda, berkata Aquino menghantar wakil peribadinya ke Taipei dengan surat permohonan maaf.

Taipei dakwa tak ikhlas

Taipei sebelum itu, mengecam permohonan maaf Filipina sebagai tidak rasmi dan tidak ikhlas.
Kakitangan pengawal pantai Filipina menembak kapal nelayan Taiwan di perairan yang menjadi rebutan di Selat Bashi di utara Filipina Khamis lalu, membunuh nelayan berusia 65 tahun.
Filipina mengakui kesalahan pengawal pantainya tetapi berkata, mereka bertindak untuk mempertahankan diri kerana kapal nelayan Taiwan hampir merempuh kapal jabatan perikanan Filipina yang membawa kakitangan pengawal pantai.

Perdana Menteri, Jiang Yi-huah, berkata Taiwan tidak senang dengan permohonan maaf yang disampaikan wakil Filipina di Taipei, yang disifatkan mencerminkan niat kerajaan Filipina untuk menjauhkan diri daripada perkara itu. Jiang juga meluahkan rasa tidak gembira kerajaannya dengan sumber wang pampasan yang akan diterima keluarga mangsa, sumbangan rakyat Filipina, bukan daripada kerajaan sendiri. - AP

No comments:

Post a Comment