Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

Enjin pesawat gagal berfungsi



Kuching: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH2564, dari Kuala Lumpur ke Miri, terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam, selepas satu daripada enjinnya gagal berfungsi.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu, pesawat yang membawa kira-kira 200 penumpang mendarat cemas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 10.02 pagi.
Sumber Malaysia Airports Holdings Berhad, berkata tiada kecederaan dilaporkan kerana juruterbang mendaratkan pesawat jenis Boeing 737-800 itu dengan selamat.

Pesawat itu sepatutnya tiba pada jam 11.50 pagi, namun sedikit terlewat sebelum selamat mendarat di LTAK, katanya.

Beliau berkata, menara kawalan terpaksa membenarkan pesawat bermasalah itu mendarat dulu tetapi ia tidak menjejaskan jadual penerbangan lain.

Siasatan lanjut masih dilakukan, katanya.

No comments:

Post a Comment