Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Dua maut, dua parah ditembak



ANGGOTA polis memeriksa kenderaan Toyota Hilux yang ditembak oleh dua lelaki di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tambun, Batu Kawan malam kelmarin.


BATU KAWAN – Kegembiraan sekumpulan empat sahabat menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah ini tidak bertahan lama apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi parah akibat ditembak oleh penjenayah yang dipercayai pembunuh upahan.
Kejadian pada pukul 10.30 malam kelmarin itu berlaku ketika kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun dekat sini.
Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, sebuah motosikal dipercayai berhenti beberapa meter dari pikap tersebut sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
“Dua mangsa iaitu G. Suresh, 27, dari Bukit Beruang, Melaka dan S. Kannan, 37, dari Batu Berendam mati akibat cedera parah ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
“Dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Ravi, 38, dan Mariappan, 58, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ akibat cedera di dada dan tangan kiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2TDEwLwqY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment