Search This Blog

Sunday, May 5, 2013

Dua maut ditembak di Pattani, Narathiwat



Bangkok: Dua orang terbunuh dalam serangan berasingan di selatan Thai pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis balai polis Mayo Leftenan Kolonel Jirasit Lormae berkata, seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di jalan raya di Tambon Trang di daerah itu di Pattani. Mangsa yang dikenali sebagai Wayeh Dorloh, 50, adalah penduduk Tambon Kado. Menurut saksi, Wayeh menunggang motosikal dalam perjalanan ke kedai kopi apabila lelaki bersenjata yang membonceng motosikal lain menembaknya. Dia mati di tempat kejadian selepas ditembak di kepala dan badan.


Sementara itu di Narathiwat, Abdulloh Pataebuenae, 59, pemandu trak beras terbunuh selepas ditembak di Sawor di daerah Rueso.

Jurucakap polis tempatan Leftenan Ratchasit Luelan berkata, serangan itu berlaku kira-kira jam 7.56 pagi. - AFP

No comments:

Post a Comment