Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Dua lelaki ditahan ceroboh Taman Negara Al-Saleel, bunuh rusa



Muscat: Kementerian Alam Sekitar dan renjer hutan menahan dua lelaki kerana menceroboh Taman Negara Al-Saleel di kawasan Al-Kamil W’al Wafi, kira-kira 200 kilometer dari timur Muscat.

“Dua orang ditahan oleh renjer taman negara dengan bantuan Polis Diraja Oman kerana menceroboh,” kata jurucakap kementerian itu, Dawood Sulaiman Al Beloushi kepada Gulf News. Menurutnya, dua penceroboh terbabit membunuh dua rusa Arab dewasa dan menangkap anak haiwan itu hidup-hidup sebelum diberkas renjer bertugas.


Menurut Dawood, penceroboh menggunakan senjata tradisional dan senjata api ringan ketika memburu haiwan berkenaan.

Kedua-duanya diserahkan kepada pendakwa raya awam untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah. Oman menggubal undang-undang baru melaksankan hukuman tegas terhadap mereka yang memburu atau menyeludup haiwan sebagai sebahagian strategi nasional untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dan haiwan.


Mengikut undang-undang Oman, penceroboh bakal berdepan denda antara 1,000 riyal hingga 5,000 riyal (RM7,782 hingga RM38,908) dan hukuman penjara minimum enam bulan hingga kepada maksimum lima tahun kerana pemburuan atau penyeludupan haiwan. - Gulf News

No comments:

Post a Comment