Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Dua keretapi bertembung di Connecticut




18 Mei 2013
NEW YORK - Kira-kira 60 cedera sementara lima yang lain cedera parah selepas kemalangan keretapi berlaku melibatkan dua komuter, petang semalam.

Difahamkan semasa kejadian, 250 penumpang sedang berada dalam gerabak dan setakat ini, tiada lagi kemalangan nyawa dilaporkan.

Menurut pegawai, keretapi yang berlepas dari stesen Grand Central menuju ke New  Heaven tergelincir dari andasan sehingga berlanggar dengan keretapi lain dari arah bertentangan.

Setakat ini perkhidmatan keretapi di lokasi berkenaan digantung buat sementara waktu melibatkan perjalanan di antara Boston dan New York.

“Ketika ini kita sedang menyiasat punca kemalangan berlaku. Kita tidak pasti sama ada berlaku masalah di bahagian mekanikal atau kemalangan itu disengajakan,” kata jurucakap polis, Jt James Perez.

No comments:

Post a Comment