Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

Dua cedera dibelasah lima lelaki berparang



LABIS - Seorang lelaki cedera di belakang badan ditetak dengan parang manakala tiga rakannya cedera dibelasah oleh lima lelaki dalam satu kejadian di Jalan Labis-Segamat dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa yang memandu kereta bersama tiga rakannya telah ditahan seorang lelaki di jalan berkenaan sebelum ditetak.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, melihatkan kejadian itu, tiga rakannya memecut kenderaan ke Balai Polis Labis yang terletak dua kilometer dari tempat kejadian tetapi diekori sebelum seorang daripada mereka dibelasah sebaik tiba di balai polis tersebut.
"Ekoran kejadian ini, polis berjaya menahan lima lelaki terbabit bersama empat bilah parang manakala mangsa dan rakannya dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk rawatan," katanya ketika dihubungi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2TgWzuhTJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment