Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Diplomat AS disyaki intip kerajaan Russia ditahan



Moscow: Russia semalam mendakwa menahan seorang diplomat Amerika Syarikat di Moscow kerana disyaki mengintip.

Menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), ejen badan itu menahan Ryan Christopher Fogle ketika diplomat terbabit cuba merekrut seorang pegawai perisik Russia.


Jurucakap FSB berkata, Fogle adalah setiausaha ketiga di bahagian politik Kedutaan AS.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan ejen perisikan atau setakat mana proses merekrut itu dilangsungkan. Gambar disiarkan selepas penangkapan itu menunjukkan Fogle memiliki dua rambut palsu, tiga cermin mata gelap, sebuah mikrofon, pisau dan sejumlah wang.


Menurut jurucakap FSB, Fogle ditahan bersama “beberapa peralatan teknikal khas, arahan bertulis untuk ejen yang dilatih, sejumlah besar wang dan beberapa barang untuk mengubah penampilan seseorang. “Baru-baru ini perkhidmatan perisikan AS membuat cubaan berulang kali untuk melatih kakitangan agensi penguat kuasa undang-undang Russia yang kemudian dikesan dan dijalankan di bawah kawalan perkhidmatan antiperisikan FSB,” katanya. Selepas ditahan, Fogle dibawa ke Ibu Pejabat FSB di Lubyanka, Moscow sebelum diserahkan kepada Kedutaan AS, sesuai dengan protokol diplomatik. - AFP

No comments:

Post a Comment