Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Dipeluk lelaki berlumuran darah



Bagan Serai: “Saya sangkakan bunyi tayar kereta meletup, tetapi tergamam apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk saya dengan badannya bermandi darah akibat ditembak,” kata saksi kejadian, Ros Saad, 50.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di Jalan Gula, di sini, semalam, mangsa berusia 40-an parah apabila terkena tembakan dipercayai dilepaskan `pembunuh upahan’ ketika memandu bersendirian melalui jalan berkenaan.


Difahamkan, mangsa yang memandu Toyota Camry dihimpit suspek yang turut menaiki sebuah kereta lain sebelum melepaskan beberapa das tembakan menembusi cermin kenderaan mangsa.

Ros yang ditemui berkata, dia yang sedang duduk di pondok kawalan keselamatan sebuah ladang sawit di situ, terkejut apabila terdengar letupan itu.


“Apabila keluar dari pos kawalan, saya ternampak seorang lelaki Cina berusia 40-an berlari ke arah saya sambil menjerit meminta tolong.


“Saya terkejut apabila dia terus memeluk saya dengan badannya dibasahi darah. Dia meminta saya menyelamatkannya dan membawanya ke pondok keselamatan itu untuk berlindung,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai nelayan memberitahu dia ditembak seseorang tidak dikenali.


“Dia memberitahu orang yang menembaknya dipercayai lelaki warga tempatan menghimpit kereta dipandunya sebelum melepaskan tembakan dari jarak dekat. Bagaimanapun, tembakan yang disasarkan ke arah kepalanya tersasar mengenai tangan kanannya.

“Dia sempat memberhentikan keretanya sebelum lari menyelamatkan diri sejauh lebuh 200 meter ke pondok keselamatan ini,” katanya.


Ros berkata, dia menghubungi polis sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Mat Fauzi Nayan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tembak berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment