Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

Curi di Brunei, jual di Sabah




KOK LIANG (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen berkaitan 41 kereta yang dicuri di Brunei kepada Pengiran Wahab di Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Sebanyak 41 buah kenderaan mewah bernilai RM4 juta yang dicuri di Brunei dan diseludup ke negeri ini sejak tahun 2011 diserahkan kepada pihak berkuasa negara jiran itu semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, penyerahan itu dilakukan selepas proses siasatan dan pendakwaan dilakukan terhadap suspek yang terlibat dalam penyeludupan kenderaan itu.
“Seramai tujuh suspek lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun termasuk seorang lelaki warga Brunei telah ditahan dan didakwa di mahkamah berhubung kegiatan tersebut.
“Anggaran nilai keseluruhan kenderaan tersebut ialah RM4 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini semalam.
Terdahulu, Kok Liang menyerahkan semua kenderaan itu kepada Pengarah Jabatan Jenayah Brunei, Senior Asisten Komisioner Pengiran Wahab Pengiran Omar.
Ia melibatkan kenderaan mewah jenis BMW, Lexus, Mercedes, Mitsubishi, Toyota serta Suzuki.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2TJ7ShtRE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment