Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Cucu Malcolm X terbunuh



MEXICO CITY 11 Mei - Cucu lelaki kepada ikon pejuang hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS), Malcolm X meninggal dunia akibat mengalami kecederaan teruk selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah bar di Mexico, kelmarin.
Malcolm Shabazz, 29, (gambar) meninggal dunia di hospital selepas dia ditemui dalam keadaan cedera parah, awal pagi kelmarin di Plaza Garibaldi, sebuah kawasan tumpuan pelancong yang padat dengan bar dan restoran.
Menurut keterangan rakannya, Shabazz pada mulanya sedang menikmati minuman sebelum terlibat dalam pergaduhan yang menjadi punca kematiannya.
Kedutaan AS di Mexico City enggan memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu atas permintaan keluarga mangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130512/lu_05/Cucu-Malcolm-X-terbunuh#ixzz2TDKzz82f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment