Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Cubaan 5 banduan lari dari penjara gagal



Nakhon Sitamarat: Percubaan lima banduan untuk melarikan diri dari penjara Thung Song menemui kegagalan apabila seorang daripada mereka ditembak pengawal penjara ketika cuba memanjat tembok pusat tahanan itu.

Sirichai Pechsri, 32, yang mati di hospital mempunyai lima kesan tembakan di tubuhnya.


Ketika berusaha untuk melarikan diri, lima banduan itu menahan seorang warden sebagai tebusan sebelum menikam mangsa.

Srichai bersama empat lagi rakannya iaitu Suriya Chu-in, Suraches Sornmanee, Suriya Kraithaworn dan Sahas Muenrueang menawan warden penjara, Somboon Saengsidam, 56, ketika cuba melarikan diri.


Kelima-lima tahanan menjalani hukuman penjara ekoran pelbagai kesalahan termasuk dadah, penyeludupan senjata dan pembunuhan.


Somboon berkata, lima tahanan itu tiba-tiba menangkapnya sebelum seorang daripada mereka menikamnya dengan objek logam tajam di bahu dan mengikat tangannya. Dua daripada mereka memerhatikannya, manakala tiga yang lain mengambil tangga buatan sendiri untuk digunakan bagi memanjat tembok dari dalam penjara. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment