Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Budak 7 tahun tertembak adik sendiri



Moscow: Seorang kanak-kanak lelaki Russia berusia tujuh tahun memberitahu polis, dia menembak dan membunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun secara tidak sengaja dengan raifal datuk mereka, semalam.

Kanak-kanak itu berkata, dia dan adiknya menemui senjata api itu di bawah katil di rumah datuk dan nenek mereka di bandar Bukachacha, Siberia. Mereka bermain dengan senjata itu ketika datuk dan nenek mereka sedang ridur, kata Jawatankuasa Siasatan Persekutuan.


Kanak-kanak itu berkata, dia secara tidak sengaja tertarik picu ketika cuba mengambil raifal berkenaan dari tangan adiknya.

Pihak berkuasa berkata, mereka mengesyaki seseorang menembak mangsa dari luar halaman rumah yang tertutup itu. Jawatankuasa Siasatan berkata, pihak berkuasa akan membuka kes jenayah terhadap datuk dan nenek mangsa ekoran memiliki raifal tidak berdaftar. - AP

No comments:

Post a Comment