Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Biar rumah hangus asal selamat isteri



Dungun: “Saya hanya membiarkan kebakaran itu dan terpaksa mengejarkan isteri ke hospital,” kata Azmi Awang, 43, menceritakan detik cemas ketika rumahnya hangus dalam kebakaran di Jalan Nibong Stesen, di sini, semalam.

Azmi seorang nelayan berkata, isterinya Normala Abdillah, 38, terpaksa dikejarkan ke Hospital Dungun akibat pengsan selepas melihat rumahnya marak terbakar, kira-kira jam 12 tengah hari.


Katanya, ketika kejadian isterinya, seorang jururawat keluar mengambil anak mereka di sekolah, manakala dia berada di jeti Kuala Dungun sedang membawa masuk pukat yang baru dibeli ke dalam botnya.

“Saya bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada abang yang tinggal bersebelahan sebelum saya dan isteri tiba di rumah dan melihat api menjulang tinggi,” katanya ketika ditemui rumahnya, di sini, semalam.


Menurutnya, isteri yang terkejut dengan kejadian itu pengsan sebelum membawa isteri ke Hospital Dungun dengan bantuan jiran.


“Saya terpaksa membiarkan kebakaran terbabit kerana tidak mampu menyelamatkan sebarang harta benda ketika itu memandangkan api begitu besar dan bimbang akan keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, dia sedih kerana dokumen penting termasuk sebuah kereta Perodua Kancil bernilai RM10,000, buku persekolahan anak serta alat Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) ikan yang bernilai RM5,000 hangus dalam kebakaran itu.

No comments:

Post a Comment