Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

Bertukar jadi pendiam



Jerteh: “Saya ingatkan kemalangan biasa ketika mula-mula dapat berita, tetapi selepas sampai di hospital, baru tahu dia tenat kerana kemalangan itu sebenarnya teruk,” kata penternak ikan yang hanya mahu dikenali sebagai Zahar, 20-an, abang ipar kepada Tuan Mohd Rizuan Zakaria, 26, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49, Jalan Kota Bharu-Terengganu, berhampiran Kampung Wakaf Raja, Bukit Yong, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia difahamkan, arwah bersama tiga rakannya keluar minum dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Telok, Alor Lintah, di sini, Proton Perdana V6 dinaiki mereka bertembung dengan van.


“Arwah tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum kejadian. Dia seorang yang ceria dan kadangkala suka bergurau dengan keluarga serta rakan, tetapi sejak beberapa hari lalu, dia banyak berdiam dan menyendiri.

“Ketika sampai di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, kami dapati adik ipar tidak sedarkan diri dan sukar bernafas.


“Dia sempat membuka mata sekejap sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.40 pagi tadi (semalam),” katanya.

No comments:

Post a Comment