Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Banyak kilang tekstil ditutup di Bangladesh




14 Mei 2013
DHAKA - Banyak kilang tekstil di ibu negara terpaksa ditutup gara-gara demonstrasi jalanan yang dicetuskan pekerja-pekerja kilang bangunan lapan tingkat yang telah runtuh bulan lalu.

Menurut persatuan tekstil negara itu, para pemilik kilang membuat  keputusan untuk menutup kilang mereka atas faktor keselamatan selepas ramai para pekerja mereka mengamuk dan membuat bantahan.

Kejadian runtuhan bangunan yang berlaku 24 April lalu antara yang terburuk terjadi melibatkan kilang tekstil di negara itu.

Berikutan itu, sebanyak 300 buah kilang telah ditutup.

80 peratus dari pekerja kilang pakaian melakukan mogok dan menuntut kenaikan gaji.

Beribu-ribu pekerja kilang mengadakan demonstrasi jalanan dan merosakkan kedai-kedai di tepi jalan sebelum disuraikan oleh pihak polis.

Akibat runtuhan kilang lapan tingkat itu, sekurang-kurangnya 1,127 mayat telah dikeluarkan dan operasi menyelamat dijangka akan dihentikan hari ini.

“Peratusan untuk kami menemui labih banyak mayat semakin menipis,” kata Jeneral Mohammad Siddiqul Alam Shikder.

No comments:

Post a Comment