Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Atap genting bertaburan



Alor Gajah: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas lori dipandu terbalik di Kilometer 211.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, K Vinod, 30-an, hilang kawalan selepas tayar belakang kanan lori dipandunya meletup.


Akibat kejadian itu, lebih 500 atap genting yang hendak dihantar ke Johor Bharu bertaburan di lorong tengah dan kanan lebuh raya.

Sumber berkata, lori berkenaan yang membawa muatan 592 keping atap genting dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu sebelum terbabit kemalangan.


“Pemandu menyedari gegaran di belakang lori ketika berada di lorong tengah sebelum memperlahankan kenderaan. Bagaimanapun kenderaan itu hilang kawalan lalu berpusing dan terbalik,” katanya.


Sementara itu, Vinod berkata, dia bernasib baik kerana ketika kejadian kenderaan di lebuh raya agak lengang dan kejadian tidak membabitkan kenderaan lain. “Saya sempat perlahankan lori ketika berasa ia seolah-olah bergetar di bahagian belakang sebelum hilang kawalan dan berpusing beberapa kali. “Dalam keadaan panik saya cuba kawal lori supaya tidak melanggar penghadang tengah lebuh raya.

“Bagaimanapun, lori gagal dikawal dan terbalik melintangi lorong tengah serta kanan lebuh raya. “Saya gagahkan diri keluar melalui pintu pemandu yang berada di atas untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang hanya cedera ringan.


Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

No comments:

Post a Comment