Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

Ariel Castro hadapi hukuman mati



WASHINGTON 11 Mei - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas lelaki yang didakwa menculik dan merogol tiga wanita dan menahan mereka selama kira-kira sedekad di Cleveland, Ohio, menunjukkan dia adalah ayah kepada anak seorang daripada mangsa.
Peguam Negara Ohio, Mike DeWine berkata, ujian DNA ke atas Ariel Castro, 52, mengesahkan bekas pemandu bas sekolah itu adalah ayah kepada budak perempuan berumur enam tahun yang dilahirkan oleh seorang daripada mangsa culik ketika dalam penahanan.
Kelmarin, Castro didakwa di mahkamah kerana menculik dan merogol Amanda Berry, anak perempuannya, Gina DeJesus, Michelle Knight selepas keempat-empat mangsa berjaya melarikan diri kediaman suspek, Isnin lalu.
Menurut pendakwa raya, mereka mungkin berusaha mengenakan hukuman mati ke atas suspek kerana turut dituduh melakukan pengguguran secara paksa ke atas wanita-wanita terbabit.
Dia kini ditahan di penjara Cuyahoga County dan Castro akan dirujuk kepada jemaah juri yang akan menimbangkan penambahan dakwaan terhadapnya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130512/lu_06/Ariel-Castro-hadapi-hukuman-mati#ixzz2TDL9sgfM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment