Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Ancaman palsu paksa 5 pesawat lakukan pendaratan cemas



Beijing: Polis China masih menyiasat ancaman telefon yang membawa kepada penangguhan lima penerbangan di seluruh negara semalam walaupun pihak berkuasa berkata, tiada pesawat yang berada dalam keadaan berbahaya.

Pentadbiran Penerbangan Awam berkata dalam sidang akhbar bahawa ancaman itu membabitkan jenayah menyampaikan “maklumat palsu pengganas” dan suspek sedang diburu dengan semua sumber yang ada. Ia tidak memberi maklumat lanjut mengenai ancaman itu.


Penerbangan itu dioperasikan oleh Shenzhen Airlines, China Eastern Airlines dan Juneyao Airlines serta berasal dari bandar raya di Shanghai, Lanzhou dan Nanjing. ASyarikat penerbangan terbabit enggan memberi komen walaupun agensi berita kerajaan Xinhua berkata, tiga daripada penerbangan itu membuat pendaratan kecemasan ekoran ancaman yang bermula jam 8 pagi, manakala yang lain ditangguhkan. - AP

No comments:

Post a Comment