Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

Ancaman bom palsu jejas lima penerbangan di China




15 Mei 2013
BEIJING - Tiga syarikat penerbangan China hari ini menerima ancaman bom palsu sehingga menjejaskan lima penerbangan domestik mereka.

Shenzhen Airlines berkata menerusi akaun rasmi mikroblog mereka mendakwa menerima ancaman bom hingga memaksa mereka mengubah laluan dua penerbangan dan melambatkan penerbangan lain.

Penerbangan ke Shenzhen yang dikendalikan Juneyao Airline terpaksa kembali semula ke Shanghai berikutan ancaman bom yang mereka terima.

Penerbangan tersebut akhirnya terpaksa berlepas menggunakan pesawat berbeza menyebabkan berlaku kelewatan.

Akibat ancaman itu juga penerbangan terpaksa ditangguhkan sehingga dua jam.

Polis kini sedang menyiasat kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment