Search This Blog

Saturday, May 18, 2013

932 kes mangsa perbankan Internet di Singapura



Singapura: Terdapat 932 kes mangsa perbankan Internet di republik ini dikesan untuk suku pertama tahun ini, daripada 112,981 kes seumpamanya di dunia.

Laporan terbaru dikeluarkan Rangkaian Perlindungan Pintar Micro Trend menyatakan bahawa hampir separuh responden yang menjalani kaji selidik tidak menutup akses mereka selepas membuat transaksi di Internet, menyebabkan maklumat peribadi mereka terdedah kepada penjenayah siber yang berniat jahat.


“Maklumat kewangan kita sangat berharga, tetapi sangat bermakna buat penjenayah yang tidak dapat kita lihat,” kata Pengarah Kawasan Perniagaan Konsumer dan Pemasaran Digital Micro Trend, Terrence Tang. Sebanyak 85 peratus pengguna di Singapura melakukan transaksi kewangan mereka di Internet, di mana 40 peratus dibuat menerusi peralatan mudah alih mereka. Satu pungutan pendapat di Internet baru-baru ini dilakukan Micro Trend menjalankan kaji selidik terhadap 1,810 pengguna di Singapura menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan responden sedar bahawa kata laluan adalah kunci utama keselamatan, empat daripada 10 menegaskan bahawa mereka tidak pernah menukar kata laluan akaun kewangan mereka. - Straits Times

No comments:

Post a Comment