Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

41 kenderaan seludup diserah kepada Polis Brunei



KOTA KINABALU 14 Mei - Sebanyak 41 buah kenderaan mewah milik rakyat Brunei bernilai RM4 juta yang dirampas setelah terlibat dalam sindiket penyeludupan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak berkuasa negara jiran itu mulai hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, penyerahan kesemua kenderaan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia mendapat arahan daripada mahkamah dan berjaya mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.
"Antara model kereta yang kita serahkan kepada Polis Brunei hari ini adalah jenis Lexus, Mercedes-Benz C230 Kompressor, BMW dan Toyota Vios bernilai antara Brunei Dollar 40,000 (RM96,513) hingga Brunei Dollar 100,000 (RM241,283)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130514/je_16/41-kenderaan-seludup-diserah-kepada-Polis-Brunei#ixzz2TP2IR5mc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment