Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

3 beranak mati dikelar perompak



Medan: Tiga beranak maut selepas dibunuh dalam satu insiden rompakan di desa Suka Mulia Hilir, Deli Serdang di Sumatera Utara semalam.

Patar Ginting, 50, isterinya, Handayani, 45, dan anak mereka Aisyah yang berusia tujuh tahun maut akibat kecederaan di leher selepas diserang kumpulan perompak berkenaan. Polis berkata, mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Adam Malik untuk bedah siasat. Ketua Polis Deli Serdang, Adjutan Komisioner Kanan Dicky Patrianegara berkata, pembunuhan tiga beranak itu berlaku kira-kira jam 3 pagi. Menurutnya, pembunuhan dilakukan lebih daripada seorang kerana mangsa ditemui mati di tempat berasingan dalam rumah itu.


Dicky berkata, Patar ditemui terjelepuk di kerusi di ruang depan rumah itu. Dia mungkin menjadi mangsa pertama dibunuh. Handayani dibunuh di depan bilik air dan Aisyah dibunuh di bilik tidur.

“Kesemua mangsa mati selepas leher mereka dikelar,” katanya kepada wartawan.


Rompakan menjadi motif pembunuhan kerana polis mendapati beberapa barangan berharga milik keluarga itu, termasuk sejumlah wang tunai lesap. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment