Search This Blog

Tuesday, May 14, 2013

2 rakan karib maut motosikal terbabas di Jalan Pokok Mangga



MELAKA 14 Mei - Dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di Jalan Pokok Mangga di sini hari ini.
Mayat G. Navindran, 18, dan rakannya yang merupakan warga India, K. Kamaraj, 23, ditemui di dalam longkang oleh orang awam yang lalu di kawasan itu pada pukul 10 pagi.
Turut ditemukan dalam longkang berkenaan, motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki kedua-dua sahabat itu.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan Ahmad Adnan Basri berkata, dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi itu mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke Taman Pokok Mangga.
"Ketika melalui satu selekoh, motosikal yang ditunggang mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terhumban ke dalam longkang.
"Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan mati di tempat kejadian," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130514/je_15/2-rakan-karib-maut-motosikal-terbabas-di-Jalan-Pokok-Mangga#ixzz2TP2OIQCw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment