Search This Blog

Wednesday, May 15, 2013

2 maut motosikal bertembung



BALING : Dua penunggang motosikal yang tinggal di sebuah taman yang sama maut apabila motosikal mereka bertembung secara bertentangan di Kilometer (KM) 32.9, Jalan Sungai Petani – Baling, berdekatan Kampung Binjul Luar, kira-kira jam 8.25 malam semalam.

Kedua-dua mangsa, Mohd Hafiz Amirulzaman Zainol Abidin,28, dan V.Punithan,26, tinggal di Taman Sheikh Fadzir, Pekan Tawar, Kuala Ketil.
Mohd Hafiz dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman berkenaan selepas selesai menjalankan kerjanya di sebuah kilang Inokom.

Motosikal yang ditunggang Mohd Hafiz dalam perjalanan dari Kulim ke Tawar sebelum bertembung dengan V.Punithan dari arah Tawar ke Kuala Ketil. Kedua-dua mereka menunggang motosikal dan bertembung di jalan berkenaan kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.


Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

No comments:

Post a Comment