Search This Blog

Friday, April 5, 2013

Yasmin diragut kali kedua

Kuala Lumpur: “Saya masih trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan nasib baik saya sempat menyelamatkan beg tangan saya,” kata pengacara dan pelakon, Yasmin Hani Ismail Richardson yang mengalami kejadian diragut pada 1 April lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, di sini, jam 9.45 pagi itu membuatkan dia trauma untuk memandu seorang diri.
Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.

“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Foto
Yasmin Hani

Pelakon popular drama bersiri Pucuk Muda Kerabu Taugeh ini menyatakan peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.

No comments:

Post a Comment