Search This Blog

Sunday, April 14, 2013

Wartawan Itali yang diculik, dibebaskan



14/04/2013 2:46am

ROM - Empat wartawan Itali yang diculik dan dijadikan tawanan di Syria selama lebih seminggu telah dibebaskan di Turki, menurut Perdana Menteri, Mario Monti semalam.
Kesemua wartawan tersebut yang bekerja untuk stesen penyiaran RAI diculik pada awal bulan ini ketika membuat liputan di utara Syria.
Monti bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana ke semua wartawan itu dibebaskan.
Kesemua wartawan tersebut dijangka dihantar pulang ke negara itu dari Turki dalam masa terdekat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2QNt2GrjV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment