Search This Blog

Tuesday, April 9, 2013

Tiga ditahan gaduh rebut kawasan pasang bendera



KOTA BAHARU: Polis semalam menahan reman tiga penyokong sebuah parti politik disyaki terbabit dalam kes melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang penyokong parti lain, di Pasir Puteh Khamis lepas, dipercayai kerana berebut kawasan memasang bendera parti untuk pilihan raya umum ke-13.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

"Ketiga-tiga suspek itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh oleh penyokong parti itu, yang membawa bersama empat peguam dan 60 hingga 70 penyokong ke IPD pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Berikutan itu, kira-kira 60 hingga 70 penyokong parti lawan turut berhimpun di IPD Pasir Puteh semalam," katanya selepas merasmikan Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari Khamis lepas, tiga kereta yang dinaiki penyokong sebuah parti politik melanggar sebuah kereta yang dinaiki penyokong parti lawan di Pasir Puteh, dipercayai kerana merebut kawasan memasang bendera parti.

No comments:

Post a Comment