Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Tenggiling beku dalam kapal kandas



Manila: Pengawal pantai Filipina, semalam menemui ratusan tenggiling beku dalam kargo dibawa sebuah kapal China yang terkandas di kawasan perlindungan marin sejak minggu lalu.

Penemuan itu telah dimaklumkan kepada pegawai hidupan liar dan mungkin menyebabkan 12 lelaki dalam kapal berkenaan dikenakan dakwaan tambahan, termasuk membabitkan pemburuan haram.


Jurucakap pengawal pantai Armand Balilo berkata, 400 kotak berisi tenggiling ditemui di atas kapal itu.

“Kami sedang menyiasat dari mana haiwan berkenaan diperoleh,” katanya. Balilo juga tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan itu dibekukan hidup-hidup atau dibunuh terlebih dulu. Menjadi spesies dilindungi, tenggiling menjadi buruan di banyak negara Asia bagi mendapatkan kulit dan dagingnya.


Menurut Persatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa lapan spesies tenggiling dilindungi undang-undang di seluruh dunia.


Dua daripadanya tenggiling Malaysia dan China diletakkan dalam kategori sangat terancam. - AFP

No comments:

Post a Comment