Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

Suspek pengeboman Boston mula disoal siasat



BOSTON, Massachusetts - Suspek pengeboman Maraton Boston kini sedar dan menjawab soalan polis menggunakan pen dan kertas, lapor beberapa media Amerika Syarikat kelmarin.
Dzokhar Tsarnaev yang kini dirawat di hospital kerana kecederaan serius ketika ditangkap polis, merupakan suspek utama serangan bom berkembar yang menyebabkan tiga maut dan 180 orang cedera. Abangnya yang juga suspek kes berkenaan, Tamerlan terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.
Stesen televisyen AS, NBC News memetik beberapa pegawai persekutuan sebagai berkata, di sebalik kecederaan pada tekak Tsarnaev, suspek berusia 19 tahun itu mula menjawab soalan-soalan polis.
Stesen televisyen ABC News pula melaporkan bahawa Tsarnaev menggunakan pen dan kertas untuk menjawab soalan pegawai penyiasat berhubung pembabitan pengganas lain dan baki bom yang tidak meletup.
Terdahulu, pada awal kelmarin, Komisioner Jabatan Polis Boston, Ed Davis memberitahu wartawan bahawa Tsarnaev berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2RElK9QMJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment