Search This Blog

Friday, April 12, 2013

Stone saman bekas pengasuh anak-anaknya dari Filipina



LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Sharon Stone (gambar) memfailkan saman balas terhadap bekas pengasuhnya dari Filipina, menurut dokumen baharu mahkamah.
Stone memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles terhadap bekas pengasuhnya itu, Erlinda Elemen kerana gagal melunaskan pinjaman.
Bintang Basic Instinct itu mendakwa Elemen masih berhutang sebanyak AS$9,500 (RM28,833) selepas dia membuat pinjaman sebanyak AS$12,500 (RM37,938) daripadanya pada tahun 2010.
Elemen yang mula bekerja pada tahun 2006 dengan Stone sehingga dia dipecat pada tahun 2011 sudah menjelaskan sebanyak AS$3,000 (RM9,105) antara Ogos 2010 dan Januari 2011.
Bagaimanapun, dia kemudian menghentikan bayaran kepada pelakon berusia 55 tahun itu.
Pada tahun lalu, Elemen menyaman Stone kerana memecatnya dan mendakwa dia menerima gangguan termasuk penderaan yang bersifat perkauman.
Saman itu mendakwa Stone menyatakan warga Filipina sebagai bodoh dan mengarahkannya tidak bercakap di depan tiga orang anak-anaknya bagi mengelak bercakap mengikut gaya bahasa Inggeris Elemen.
Stone juga didakwa melarang Elemen membawa kitab Bible di dalam rumahnya.
Stone memecat Elemen selepas dia menyedari bekas pengasuhnya dibayar kerja lebih masa apabila melancong bersama anak-anak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2QCAqmQoq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment