Search This Blog

Saturday, April 27, 2013

Salah rumah




BEGINILAH keadaan kereta milik isteri Arnil yang rosak selepas dibakar penjenayah dalam kejadian di Taman Klang Jaya, Klang di sini kelmarin.


KLANG – Gara-gara tersilap sasaran, anak perempuan calon Parti Keadilan Rakyat, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar kerugian RM85,000 apabila kereta jenis Ford Fiesta miliknya dibakar empat penjenayah yang menceroboh rumahnya kelmarin.
Kejadian di Jalan Seruling 41, Taman Klang Jaya, di sini pukul 11 malam itu berlaku apabila menantu Xavier, Dr. Arnil George Sirimanne, 36, menyedari rumah teres dua tingkat yang didiami bersama isterinya, Sangetha, 30-an, diceroboh dua lelaki selepas mendengar jeritan jirannya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, Arnil yang berada di rumah bersama isterinya kemudian mengunci pintu sebaik melihat kelibat dua lelaki meluru ke arahnya sambil mengacukan parang.
“Mangsa kemudian terus membunyikan alat penggera. Melihatkan tindakan mangsa, suspek terus membaling satu tin cecair dipercayai mengandungi minyak tanah ke arah kereta Ford Fiesta berkenaan sebelum disyaki membakarnya.
“Penjenayah kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Kia Sephia. Polis bagaimanapun dapat menahan empat lelaki berusia antara 19 hingga 24 tahun enam jam selepas kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2RcUXCA14 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment