BATU PAHAT 15 April - Seorang remaja berusia 18 tahun maut semasa menyertai perlumbaan haram di Kilometer 18, Jalan Kluang di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 2.16 pagi itu, mangsa Mohammad Shafiq Aripin dari Kampung Parit Burah, Seri Gading, dekat sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan Mohammad Shafiq bersama dua remaja sedang berlumba dari Parit Raja menghala ke Seri Gading sebelum ketiga-tiganya terlibat dalam kemalangan sesama sendiri. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130415/je_06/Remaja-maut-semasa-berlumba-haram#ixzz2Qa76PC8d
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment