Search This Blog

Friday, April 5, 2013

Polis Johor tumpaskan sindiket pil khayal



JOHOR BAHARU: Polis menumpaskan sindiket menghasilkan dan mengedar pil khayal dengan penahanan seorang lelaki rakyat Indonesia dan seorang wanita tempatan dalam serbuan berasingan di Permas Jaya, di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam dua serbuan itu polis merampas pelbagai jenis pil khayal bernilai hampir RM1.3 juta.

Katanya lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira 6.20 petang, 28 Mac lepas di sebuah banglo di Bandar Baru, Permas Jaya dan wanita berusia 28 tahun itu ditahan keesokan harinya, kira-kira pukul 2 pagi, di sebuah unit kondominium di Permas Jaya.

Dalam serbuan di rumah lelaki itu, polis menemui serbuk ecstasy seberat 652 gram, serbuk syabu (618 gram), serbuk ketamin (6,090 gram) dan serbuk kafein (47,638 gram) yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM676,560, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment