Search This Blog

Sunday, April 14, 2013

Pereka fesyen terkenal didakwa rogol model



14/04/2013 3:45am

NEW YORK - Pereka fesyen terkenal Anand Jon Alexander didakwa atas tuduhan memperdaya dan merogol seorang model di apartmentnya di sini.
Bagaimanapun, dia hanya menganggap dirinya seorang yang berbakat besar dalam dunia fesyen dan bukan seorang penjenayah.
Alexander pernah terlibat di dalam rancangan televisyen American Next Top Model dan menjadi pereka fesyen kepada anak jutawan dunia, Paris Hilton.
Pereka yang berusia 38 itu berkata, dia masih percaya pasti ada bukti-bukti baharu yang akan membebaskan dia dari sabitan itu.
Dalam pada itu, Alexander yang dijatuhkan hukuman penjara selama 59 tahun di Los Angeles itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk merogol, melakukan perbuatan lucah terhadap kanak-kanak.
Alexander juga kini sedang menunggu keputusan dakwaan terhadapnya di Dallas dan Houston. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2QNsxNkSh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment