Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Penjawat awam maut, suami parah, anak cedera



TUMPAT 11 April - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas lalu melanggar pokok di Kilometer 6, Jalan Wakaf Bharu-Tumpat berdekatan Kampung Hujung Tanjong di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Norliza Razali, 32, yang bertugas sebagai penjawat awam di Putrajaya, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk, manakala suaminya Mohd. Farid Md. Zain, 32, anggota tentera cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (HRPZ II).
Sementara anak mangsa, Nur Syazamia Mohd. Razali,3, yang cedera kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tumpat (HT).
Difahamkan mangsa bersama suami dan anak serta adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Dalam Rhu bagi melawat ibunya yang sakit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Supritendan Shariffuddin Yusof berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki oleh mangsa terbabas ke kanan jalan dipercayai kerana pemandunya mengantuk dan melanggar pokok berhampiran kawasan tersebut.
"Mangsa (Norliza) yang merupakan penumpang tempat duduk hadapan sebelah kiri meninggal dunia ditempat kejadian. Pemandu kereta Mohd. Farid cedera parah, manakala anaknya Nur Syazamia cedera.
"Mayat mangsa telah dihantar ke HT untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_12/Penjawat-awam-maut-suami-parah-anak-cedera#ixzz2Q9Qxm46w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment